Pages

Friday, March 22, 2013

tembang macapat (Dandanggula)

tembang Macapat (Dandanggula)

Dipun keruh ing urip sejati,
lir kurungan reraga sadaya,
becik den wruhi manuke,
rusak yen sira tan wruh,
heh Ra Wujil salaku neki,
iku mangsa dadia,
yen sira yun weruh,
becikana kang sarira,
awismaa ing enggon ponang asepi,
sampun kacakrabawa.  

maksudnya
( untuk mengetahui hidup sejati,
ibaratnya badan ini sebuah sangkar,
sebaiknya di ketahui burungnya,
menjadi rosak jika tidak ketahui,
hai Ra Wujil,
begitulahjalan yang engkau mesti tempuh,
bagaimana mungkin akan berhasil,
bila engkau ingin megetahui,
perbaikilah diri (badan)-mu,
tinggalah di tempat sepi,
sudah terlaksana (berhasil)).



#semasa Sunan Bonang memberikan nasihat kepada Ra Wujil dalam meniti perjalanan sebagai khalifah,di tinggal ditempat sepi. 

petika diatas dari SENYUM MANIS WALI SONGO : SEBUAH NOVEL SYI'AR TANAPA PEDANG PARA WALI TANAH JAWA. penulis : Wawan Susetya.

TUJUH KEMULIAAN MANUSIA

TUJUH KEMULIAAN MANUSIA SEPERTI YANG DIJELASKAN OLEH IMAM AL-GHAZALI.

     Satu,kemuliaan kerana wajahnya iaitu ketampanan bagi lelaki atau kecantikan bagi perempuan. Persoalannya ,adakah ketampanan atau kecantikan wajah seseorang itu disyukuri atau malah mereka kufur kerananya? Ini kerana ,ramai orang-orang yang cantik terjerumus dalam kancah kemaksiatan.

     Dua,kemuliaan kerana harta yang melimpah-ruah (jutawan). Persoalannya , adakah sebahagian hartanya tersebut dinafkahkan kepada fakir miskin yang ada disekitarnya? Disini titik ukur kemuliaan seseorang. jika mereka berasa belas terhadap para fakir miskin, mereka memperoleh kemuliaan. Sebaliknya , jika harta itu mereka gunakan untuk kemaksiatan,nescaya  mereka hina kerananya.

     Tiga, kemuliaan kerana takhta (pangkat). Jika seseorang itu menjadi penjawat tinggi dalam sesuatu sektor kerja, sudah tentu semua orang akan menjadi segan dan hormat kepadanya. Persoalannya , adakah amanah itu disalahgunakan untuk semakin menambah kekayaan atau benar-benar digunakan pada jalan yang benar?


     Empat, kemuliaan kerana menguasai ilmu agama. Para ulama juga menghadapi cabaran yang tidak kurang beratnya. Jika mereka ingin menyebarkan ilmunya kepada masyarakat secara jujur dan benar, nescaya mereka akan mendapat kemuliaan disisi Allah s.w.t. Sebaliknya jika mereka "menjual" ayat-ayat Tuhan dengan harga yang murah atau hanya kepentingan duniawi sahaja, maka hinalah hidup mereka.

      Lima, kemuliaan kerana nasab yang baik. Meskipun demikian, jika mereka tidak beriman dan tidak melakukan amal soleh,maka hancurlah darjat mereka disisi Allah dan manusia.

     Enam, kemuliaan kerana kepimpinan atau keran amemepunyai ramai anak buah (pengikut). Ramainya pengikut atau ramainya orang yang sangat menghormatinya bukan bermaksud dia berada di atas segala-galanya. Jika dia tidak mengaplikasikan amalan itu sesuai  denagn ssituasi atau ilmu yang ada,nescaya dia juga boleh tergelincir ke lembah hinaan.

    Tujuh,  kemuliaan kerana ketakwaan kerana Allah s.w.t. Jika dia menyedari kedudukannya sebagai abdullah (hamba Allah),nescaya dia tidak akan menjadi orang yang sombong lagi bongkak,tetapi menjadi orang yang tawadhuk. Sebaliknya, jika dia kurang mengendahkan perkara-perkara seperti ini, mescaya dia menjadi orang yang buruk akhlaknya. 


walau bagaimanapun tinggi kedudukan kita sebagai hamba Allah yang sangat lemah termasik penulis tinta ini juga,tanpa pertolongan dari Allah s.w.t maka tergelincir juga kelembah kehinaan. jadikan acapkali kita bernafas di bumi Alllah ini,selalu rasa bersyukur. wassalam.

#petikan diatas diperolehi dari SENYUM MANIS WALI SONGO : SEBUAH NOVEL SYI`AR TANPA PEDANG PARA WALI TANAH JAWA. penulis : Wawan Susetya.



Wednesday, December 19, 2012

Sudah lama tidak menulis untuk blogku. teruja bagai dicas semula perasaan ini. syukur-syukur sangat,sebab dapat tengok drama Skip Beat It! kelakar sungguh tetapi apapun bertuk juga seolah diri saya dilakonkn semula(perasaaaaaannnnn). oh ya share sama-sama dan tentu ada yang lainteruja tentang SESUATU sampai seolah-olah kita berada didunia lain (perasaan sekarang berada dipuncak dunia,DUNIA?!). berkongsi kepada membaca ,mungkin pernah jua alaminya. saat mendapat mesej pertama dari sdia,panggilan telefon pertama,mungkin yang lainnya. nak nerkongsi kepada kawan-kawan pun sesekali. kebanyakan kita berkongsi pada laman sosial,bukan? (saya sendiri pun berkongsi juga). perasaan/instict/feeling sukar dijelaskan. kalau dijelaskan dalam blog,penuh pula nantinya. so cari lah pada wikipidia dan yang lain-lain yaaa.perasaan  bagi saya sendiri menerangkan yang menlintas pada hati dan minda menjadi suatu ekspresi yang tanpa kita sedari. sooo...bye.. nanti taip semula...tata. 

Saturday, December 24, 2011

30 Perbezaan Cinta Lelaki Dan Wanita
  1. Ketika ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati,itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
  2. Wahai lelaki ,ketika engkau berasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti engkau mencintainya.
  3. Di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta.
  4. Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.
  5. Ketika lelaki mengatakan " perempuan itu tidak pernah mempunyai perasaan" bererti perempuan tersebut berjaya mencuri hatinya.
  6. Cinta seorang lelaki bagaikan melukis diatas air atau paling besar seperti dia menulis diatas pasir.
  7. Hati perempuan yang dilanda asmara bagaikan mihrab eamas,biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung dibawahnya.
  8. Bagi perempuan ,ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya;mencintai,dikecewakan kemudian bersedih.
  9. Banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta,tetapi kaum perempuan lebih banyak.
  10. Cinta adalah sebuah kisah yang didalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan,sedangkan bagi lelaki ,dia lebih memilih menjadi pengarangnya.
  11. Dalam kehidupan seorang perempuan.ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
  12. Betapapun seorang perempuan bermulut seribu,namun cinta mengajarnya diam.
  13. Cinta:perempuan ,lelaki dan larangan.
  14. Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
  15. Dalam bercinta,seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya.
  16. Ketika seorang perempuan mancintai seorang lelakki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.
  17. Dalam percintaan,lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.
  18. Dalam percintaan ,seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu perkara mencintainya terus menerus.
  19. Keinginan seorang perempuan boleh dibengkok-bengkokkan terserah kepada orang yang dia  cintai.
  20. Dalam persahabtan ,lelaki lebih pandai daripada perampuan ,namun tidak dalam percintaan.
  21. Dalam percintaan ,lelaki bak serigala yang ganas,berhati-hatilah! Perempuan,menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.
  22. Cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari,namun cinta hakiki tidak.
  23. Tidak ada yang mampu mencabut cinta darri hati seorang perempuan ,selain cinta yang baru.
  24. Seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanpa orang dia cintai.
  25. Cinta,merasuk pada jiwa seseorang perempuan dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan takjub.
  26. Perempuan mencintai pasangannya untuk dirinya begitu juga lelaki.
  27. Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan,namun cinta seorang perempuan bagai lembaran-lembaran kertas yang tidak pernah habis.
  28. Kebahagiaan seorang perempuan,ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
  29. Kala perempuan jatuh cinta ,dia memulakannya dengan kekuatiran,ketakutan dan prasangka.
  30. Perasaan,cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang dari perempuan.

RUJUKAN : Ahmad Salim - Cinta di otak atau di hati.

Tuesday, January 12, 2010

prctical

salam.. kerj bikin gila... selama ek..
selamat bekerja... pwen aku rindu kat korang...
meet 1 april 2010

Thursday, November 12, 2009

ADTEC

Selamat malam... sight...

mmber inform intervew 25hb

aku bls,apa?

dia:masuk adtec... intervew.

parah2 aku takut betol.. harap2 la lepas..


huhu...

ceriTa

selalu nya manusia meneka apa yang akan dilakukannya pada esok pagi. tapi semuanya xtepat..
aku pown selalu gak.. lupa.. apa yang patut yang aku buat... untuk diri aku sendri.. malam ni aku susun semula jadual aku.. yang berterabur..


sign out.
moon/maisafiah