30 Perbezaan Cinta Lelaki Dan Wanita
RUJUKAN : Ahmad Salim - Cinta di otak atau di hati.
- Ketika ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati,itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
- Wahai lelaki ,ketika engkau berasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti engkau mencintainya.
- Di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta.
- Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.
- Ketika lelaki mengatakan " perempuan itu tidak pernah mempunyai perasaan" bererti perempuan tersebut berjaya mencuri hatinya.
- Cinta seorang lelaki bagaikan melukis diatas air atau paling besar seperti dia menulis diatas pasir.
- Hati perempuan yang dilanda asmara bagaikan mihrab eamas,biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung dibawahnya.
- Bagi perempuan ,ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya;mencintai,dikecewakan kemudian bersedih.
- Banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta,tetapi kaum perempuan lebih banyak.
- Cinta adalah sebuah kisah yang didalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan,sedangkan bagi lelaki ,dia lebih memilih menjadi pengarangnya.
- Dalam kehidupan seorang perempuan.ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
- Betapapun seorang perempuan bermulut seribu,namun cinta mengajarnya diam.
- Cinta:perempuan ,lelaki dan larangan.
- Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
- Dalam bercinta,seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya.
- Ketika seorang perempuan mancintai seorang lelakki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.
- Dalam percintaan,lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.
- Dalam percintaan ,seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu perkara mencintainya terus menerus.
- Keinginan seorang perempuan boleh dibengkok-bengkokkan terserah kepada orang yang dia cintai.
- Dalam persahabtan ,lelaki lebih pandai daripada perampuan ,namun tidak dalam percintaan.
- Dalam percintaan ,lelaki bak serigala yang ganas,berhati-hatilah! Perempuan,menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.
- Cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari,namun cinta hakiki tidak.
- Tidak ada yang mampu mencabut cinta darri hati seorang perempuan ,selain cinta yang baru.
- Seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanpa orang dia cintai.
- Cinta,merasuk pada jiwa seseorang perempuan dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan takjub.
- Perempuan mencintai pasangannya untuk dirinya begitu juga lelaki.
- Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan,namun cinta seorang perempuan bagai lembaran-lembaran kertas yang tidak pernah habis.
- Kebahagiaan seorang perempuan,ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
- Kala perempuan jatuh cinta ,dia memulakannya dengan kekuatiran,ketakutan dan prasangka.
- Perasaan,cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang dari perempuan.
RUJUKAN : Ahmad Salim - Cinta di otak atau di hati.
No comments:
Post a Comment