Pages

Friday, March 22, 2013

tembang macapat (Dandanggula)

tembang Macapat (Dandanggula)

Dipun keruh ing urip sejati,
lir kurungan reraga sadaya,
becik den wruhi manuke,
rusak yen sira tan wruh,
heh Ra Wujil salaku neki,
iku mangsa dadia,
yen sira yun weruh,
becikana kang sarira,
awismaa ing enggon ponang asepi,
sampun kacakrabawa.  

maksudnya
( untuk mengetahui hidup sejati,
ibaratnya badan ini sebuah sangkar,
sebaiknya di ketahui burungnya,
menjadi rosak jika tidak ketahui,
hai Ra Wujil,
begitulahjalan yang engkau mesti tempuh,
bagaimana mungkin akan berhasil,
bila engkau ingin megetahui,
perbaikilah diri (badan)-mu,
tinggalah di tempat sepi,
sudah terlaksana (berhasil)).



#semasa Sunan Bonang memberikan nasihat kepada Ra Wujil dalam meniti perjalanan sebagai khalifah,di tinggal ditempat sepi. 

petika diatas dari SENYUM MANIS WALI SONGO : SEBUAH NOVEL SYI'AR TANAPA PEDANG PARA WALI TANAH JAWA. penulis : Wawan Susetya.

TUJUH KEMULIAAN MANUSIA

TUJUH KEMULIAAN MANUSIA SEPERTI YANG DIJELASKAN OLEH IMAM AL-GHAZALI.

     Satu,kemuliaan kerana wajahnya iaitu ketampanan bagi lelaki atau kecantikan bagi perempuan. Persoalannya ,adakah ketampanan atau kecantikan wajah seseorang itu disyukuri atau malah mereka kufur kerananya? Ini kerana ,ramai orang-orang yang cantik terjerumus dalam kancah kemaksiatan.

     Dua,kemuliaan kerana harta yang melimpah-ruah (jutawan). Persoalannya , adakah sebahagian hartanya tersebut dinafkahkan kepada fakir miskin yang ada disekitarnya? Disini titik ukur kemuliaan seseorang. jika mereka berasa belas terhadap para fakir miskin, mereka memperoleh kemuliaan. Sebaliknya , jika harta itu mereka gunakan untuk kemaksiatan,nescaya  mereka hina kerananya.

     Tiga, kemuliaan kerana takhta (pangkat). Jika seseorang itu menjadi penjawat tinggi dalam sesuatu sektor kerja, sudah tentu semua orang akan menjadi segan dan hormat kepadanya. Persoalannya , adakah amanah itu disalahgunakan untuk semakin menambah kekayaan atau benar-benar digunakan pada jalan yang benar?


     Empat, kemuliaan kerana menguasai ilmu agama. Para ulama juga menghadapi cabaran yang tidak kurang beratnya. Jika mereka ingin menyebarkan ilmunya kepada masyarakat secara jujur dan benar, nescaya mereka akan mendapat kemuliaan disisi Allah s.w.t. Sebaliknya jika mereka "menjual" ayat-ayat Tuhan dengan harga yang murah atau hanya kepentingan duniawi sahaja, maka hinalah hidup mereka.

      Lima, kemuliaan kerana nasab yang baik. Meskipun demikian, jika mereka tidak beriman dan tidak melakukan amal soleh,maka hancurlah darjat mereka disisi Allah dan manusia.

     Enam, kemuliaan kerana kepimpinan atau keran amemepunyai ramai anak buah (pengikut). Ramainya pengikut atau ramainya orang yang sangat menghormatinya bukan bermaksud dia berada di atas segala-galanya. Jika dia tidak mengaplikasikan amalan itu sesuai  denagn ssituasi atau ilmu yang ada,nescaya dia juga boleh tergelincir ke lembah hinaan.

    Tujuh,  kemuliaan kerana ketakwaan kerana Allah s.w.t. Jika dia menyedari kedudukannya sebagai abdullah (hamba Allah),nescaya dia tidak akan menjadi orang yang sombong lagi bongkak,tetapi menjadi orang yang tawadhuk. Sebaliknya, jika dia kurang mengendahkan perkara-perkara seperti ini, mescaya dia menjadi orang yang buruk akhlaknya. 


walau bagaimanapun tinggi kedudukan kita sebagai hamba Allah yang sangat lemah termasik penulis tinta ini juga,tanpa pertolongan dari Allah s.w.t maka tergelincir juga kelembah kehinaan. jadikan acapkali kita bernafas di bumi Alllah ini,selalu rasa bersyukur. wassalam.

#petikan diatas diperolehi dari SENYUM MANIS WALI SONGO : SEBUAH NOVEL SYI`AR TANPA PEDANG PARA WALI TANAH JAWA. penulis : Wawan Susetya.