Pages

Saturday, December 24, 2011

30 Perbezaan Cinta Lelaki Dan Wanita
  1. Ketika ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati,itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
  2. Wahai lelaki ,ketika engkau berasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti engkau mencintainya.
  3. Di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta.
  4. Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.
  5. Ketika lelaki mengatakan " perempuan itu tidak pernah mempunyai perasaan" bererti perempuan tersebut berjaya mencuri hatinya.
  6. Cinta seorang lelaki bagaikan melukis diatas air atau paling besar seperti dia menulis diatas pasir.
  7. Hati perempuan yang dilanda asmara bagaikan mihrab eamas,biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung dibawahnya.
  8. Bagi perempuan ,ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya;mencintai,dikecewakan kemudian bersedih.
  9. Banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta,tetapi kaum perempuan lebih banyak.
  10. Cinta adalah sebuah kisah yang didalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan,sedangkan bagi lelaki ,dia lebih memilih menjadi pengarangnya.
  11. Dalam kehidupan seorang perempuan.ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
  12. Betapapun seorang perempuan bermulut seribu,namun cinta mengajarnya diam.
  13. Cinta:perempuan ,lelaki dan larangan.
  14. Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
  15. Dalam bercinta,seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya.
  16. Ketika seorang perempuan mancintai seorang lelakki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.
  17. Dalam percintaan,lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.
  18. Dalam percintaan ,seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu perkara mencintainya terus menerus.
  19. Keinginan seorang perempuan boleh dibengkok-bengkokkan terserah kepada orang yang dia  cintai.
  20. Dalam persahabtan ,lelaki lebih pandai daripada perampuan ,namun tidak dalam percintaan.
  21. Dalam percintaan ,lelaki bak serigala yang ganas,berhati-hatilah! Perempuan,menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.
  22. Cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari,namun cinta hakiki tidak.
  23. Tidak ada yang mampu mencabut cinta darri hati seorang perempuan ,selain cinta yang baru.
  24. Seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanpa orang dia cintai.
  25. Cinta,merasuk pada jiwa seseorang perempuan dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan takjub.
  26. Perempuan mencintai pasangannya untuk dirinya begitu juga lelaki.
  27. Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan,namun cinta seorang perempuan bagai lembaran-lembaran kertas yang tidak pernah habis.
  28. Kebahagiaan seorang perempuan,ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
  29. Kala perempuan jatuh cinta ,dia memulakannya dengan kekuatiran,ketakutan dan prasangka.
  30. Perasaan,cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang dari perempuan.

RUJUKAN : Ahmad Salim - Cinta di otak atau di hati.